Aug 31, 2012

TEMA HARI MERDEKA....

Sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55 ini saya ingin berkongsi beberapa tema hari kebangsaan berserta logo dari dulu hingga sekarang..

1980

Berdisiplin Berbakti

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.


1981

Berdisiplin Berharmoni

Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.


1990

Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.


1991

Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.

1992

Wawasan Asas Kemajuan

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.

1993

Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

 

1994

Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995

Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

 

1996

Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

 

1997

Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara.

 

1998

Negara Kita Tanggungjawab Kita

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.

 

1999

Bersatu Ke Alaf Baru

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

 

2000-2006

Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.

 

2007

Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

 

2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

 

2009

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

 

2010

1Malaysia Menjana Transformasi

2010
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

 

2011

1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2010
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sambungan....PUTERI EXORA PANDORA BIRU


“Khabar apakah yang ingin nenek sampaikan kepada beta?” Tanya Raja Kabasya. “Tuanku akan dikurniakan seorang puteri tidak lama lagi. Tetapi…” Nenek kebayan itu terdiam sebentar. “Tapi apa wahai nenek kebayan?” tanya Raja Kabasya kehairanan.

“Kelahiran puteri ini membawa musibah kepada negara tuanku.” Beritahu nenek kebayan kepada Raja Kabasya.

“Musibah? Apakah yang akan berlaku wahai nenek kebayan?” Tanya Raja Kabsya dengan perasaan bercampurbaur. Hatinya gembira mendengar perkhabaran itu tetapi pada masa yang sama hatinya khuatir negaranya pula akan ditimpa musibah.

Nenek kebayan merenung Raja Kabasya lalu berkata “ Wahai tuanku, setelah puteri tuanku dilahirkan nanti negara tuanku akan ditimpa kemarau yang panjang. Rakyat tuanku akan menderita kelaparan dan porak peranda. Hanya setelah tuan puteri berusia 18 tahun barulah negara tuanku akan kembali aman seperti sediakala. Tetapi tuanku masih dapat menyelamatkan negara tuanku dan menolak musibah yang menimpa. “bagaimana caranya?” Tanya Raja Kabasya dengan tidak sabar sekali. “Jikalau tuanku ingin menolak musibah tersebut tuanku terpaksa berpisah dengan anak tuanku yang bakal lahir nanti”. Pesan nenek Kebayan kepada Raja Kabasya.

“Benarkah begitu wahai nenek kebayan?” Tanya Raja Kabasya dengan rasa kecewa. “Benar wahai Raja Kabasya.” Jawab nenek Kebayan.


“Apabila puteri tuanku sudah berusia 1 tahun tuanku haruslah menghantar tuan puteri ke sebuah gua di pinggir Gunung Pandora sehinggalah ia berusia 18 tahun. Puteri tuanku tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke istana tuanku sehinggalah umurnya 18 tahun. Jika tuanku sanggup menerima syarat ini negara tuanku akan selamat.” ujar nenek kebayan sambil tersenyum merenung ke arah Raja Kabasya. Namun belum pun sempat raja kabasya mengucapkan terima kasih nenek kebayan ghaib entah ke mana.

Raja Kabasya tersedar dari mimpinya tadi. Baginda termenung sendirian. “Benarkah beta akan mendapat cahaya mata? Benarkah mimpi beta tadi? Atau ianya cuma mimpi semata-mata.” Hati raja kabasya berkata-kata.

“Ahhh..itu cuma mimpi. Mana mungkin mimpi menjadi kenyataan.” Bisik hatinya Baginda membetul-betulkan bajunya sambil bangun dari pohon beringin untuk pulang ke istana. Sebulan kemudian Permaisuri Bahiya disahkan mengandung. Ini menjadi berita gembira buat Pandora Biru khususnya Raja Kabasya.

“ Mungkin benar mimpi beta” bisik hati Raja Kabasya gembira bercampur bimbang.

Benarlah kata nenek kebayan di dalam mimpinya itu selepas Puteri Exora dilahirkan Pandora Biru ditimpa kemarau yang panjang. Banyak tanam-tanaman dan ternakan yang mati akibat kemarau panjang ini.    Ramai rakyat jelata yang menderita kerana kemarau yang panjang ini.

“ Nampaknya beta terpaksa berpisah dengan puteri kesayangan beta. Benar lah kata nenek kebayan. Mimpi beta bukan sebarang mimpi.” Bisik hati Raja Kabasya.

********

Nasib Bahasa Melayu di Malaysia Kini.....


Setelah 55 tahun merdeka, nasib Bahasa Melayu nampaknya tidak sebaik seperti yang diharapkan. Sejak akhir-akhir ini bahasa melayu semakin dipinggirkan walaupun telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan. Seharusnya kita berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi tunggak perpaduan bangsa dan negara Malaysia.

Dalam hal ini semua pihak pihak terutama kerajaan harus berusaha dengan lebih agresif bagi menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul selaras dengan hasrat negara untuk memartabatkannya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tidak hanya menjadikannya sebagai matapelajaran yang wajib di sekolah rendah dan menengah malah harus ke peringkat IPT. Dalam memartabatkan bahasa kebangsaan semua pihak perlu berkerjasama sama ada sector awam mahupun swasta. Masing-masing harus memainkan peranan yang aktif dalam memartabatkan bahasa kebangsaan ini.

Pelbagai usaha perlu dijalankan agar kempen dan usaha kerajaan ini bukan hanya sekadar kempen bahkan menjadi satu usaha yang praktikal dan efektif bagi semua pihak. Dalam hal ini sector swasta boleh menyumbang ke arah memartabatkan bahasa melayu dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantara dalam setiap urusan rasmi syarikat. Dengan cara ini secara tidak langsung sector swasta dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

Apa perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan pejabat atau perniaaan sedangkan pihak yang terlibat adalah rakyat tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Mengapa perlu menukar bahasa Melayu ke bahasa Inggeris hanya untuk seorang dua rakyat asing dalam sesuatu majlis. Fikir-fikirkan lah.....

PAJERI TERUNG


Hari ni nak masak pajeri terung untuk makan tengah hari. Nak cuba resepi kat bawah ni....

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang sederhana besar (dibelah dua jgn sampai putus, kemudian di goreng dahulu)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping

Cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.

2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.

3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.

4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.

5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

Nota:

Sedap di makan dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan masin beserta ulam....SEDAP...

Aug 28, 2012

FAKTA-FAKTA MENARIK

Sekadar berkongsi pengetahuan yang mungkin sudah diketahui umum....

1. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali 

 2. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 

 3. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap  2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

4.  Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

5.  Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam



PUTERI EXORA PANDORA BIRU

Beratus tahun yang lalu terdapat sebuah negara bernama Pandora Biru. Negara yang indah lagi permai ini terletak di pingir kawasan pergunungan. Pandora biru diperintah oleh seorang raja yang adil lagi saksama bernama Raja Kabasya. Raja Kabasya merupakan seorang raja yang sangat disayangi rakyat. Sikapnya yang adil dan saksama amat disenangi oleh sekelian rakyat jelata. Raja Kabasya mempunyai seorang pemaisuri yang sangat jelita bernama Puteri Bahiya. Namun begitu, walaupun telah bertahun-tahun mereka berkahwin mereka belum dikurniakan cahaya mata. Mereka berasa amat dukacita. Perkara inilah yang selalu merunsingkan Raja Kabasya sehinggalah ada suatu malam Raja Kabasya meluahkankan rasa hatinya kepada permaisurinya yang tercinta.
“Wahai adinda, fikiran kanda runsing memikirkan masa depan Pandora Biru ini. Kita belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun telah berpuluh-puluh bomoh, pawang dan ahli nujum yang kita jumpa namun masih belum berhasil.” Hati Raja Kabasya runsing memikirkan bakal pewaris takhta kerajaannnya itu.
“Sabarlah kanda, kita telah berusaha hanya tuhan yang menentukannya. Mungkin belum ada rezeki kita lagi. Kita berdoa sajalah wahai kanda” Pujuk Puteri Bahiya.
Pada suatu hari ketika Raja Kabasya berjalan-jalan berseorangan di taman istana tiba-tiba baginda ternampak kepulan asap putih di sebalik pohon beringin. Baginda berasa hairan bagaimana dengan tiba-tiba pula ada asap boleh muncul di situ. Baginda mendekati pohon tersebut untuk melihat apa yang berlaku di sebaliknya. Apabila sampai sahaja di pohon beringin tersebut dengan tiba-tiba saja kepulan asap tersebut hilang.
“Sungguh aneh! Dari mana datangnya kepulan asap itu tadi. Tiada pula tanda-tanda kebakaran berlaku di sini. Ahh..mungkin khayalannya beta agaknya”. Bisik Raja Kabasya di dalam hatinya.
Dengan tiba-tiba baginda berasa sangat mengantuk dan terus tertidur di bawah pohon beringin itu. Baginda telah bermimpi berjumpa dengan seorang perempuan yang sangat tua. Wajahnya tenang, berambut putih mencecah lantai, memakai jubah serba putih dan berbau sangat harum. Dia mendekati Raja Kabsya dan berkata “Ampun tuanku, nama patik Nenek Kebayan. Patik tahu hati tuanku runsing memikirkan pewaris takhta Pandora Biru. Patik datang untuk memberi khabar buat tuanku.”......BERSAMBUNG

NASI DAGING SIMPLE

Kalo rasa nak cuba kelaianan pada sajian untuk keluarga boleh cuba resepi ni..nasi daging ala utara..Nasi ni biasa sedap makan dengan masak dalca dan air asam (tomato + bawang besar + cabai + asam limau)



Bahan-bahan
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis (leh bubuh kalo nak)
1 kiub lembu (nak bg lagi sedap)
Bahan-bahan untuk blender
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Hiasan
daun sup/daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
  1. Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi.
  3. Sukat air secukupnya dan masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
  4. masukkan sedikit garam dan kiub lembu kemudian masukkan pula beras dan gaul rata.
  5. Apabila nasi hampir kering...gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...sedap dimakan dengan air asam
selamat mencuba