Oct 9, 2012

BUAT SUAMI DAN BAKAL SUAMI


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,

 Berhati-hatilah meluruskannya... 
 


Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

Oct 3, 2012

PETUA HILANGKAN CIRIT BIRIT BAYI

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi petua dan resepi makanan untuk merawat bayi atau kanak-kanak yang cirit birit.

PETUA 1
Ambilkan satu sudu tepung gandum. Selepas itu campurkan tepung gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum. InsyaAllah cirit-birit akan berkurangan.

PETUA 2
Masakkan sup lobak merah untuk bayi. 

Caranya
Ambil sebiji lobak merah atau carrot kemudian potong-potongkan dan rebus hingga empuk. lepas tu kisarkan dengan air suam hingga sebati.  Tuangkan dalam bekas dan  bubuh sedikit garam dan kacau hingga sebati kemudian boleh bagi bayi makan. InsyaAllah cirit-birit akan berkurangan.