Sep 18, 2012

RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE SIMPLE

Hari ini nak kongsi resepi masakan western spageti bolognaise dengan semua. Simple tapi...sedapppp...ok ni resepinya

Bahan-bahan

1 kotak spagetti (rebus hingga empuk)
500gm daging cincang
2 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong dadu)

2 biji tomato (potong dadu)
1 tin sos spageti
4 biji cendawan butang

Cara-cara

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian  masukkan daging cincang dan kacau hingga masak skit..lepas tu masukkan tomato dan kacau hingga sebati...lps tu baru masuk sos spageti kemudian masuk cendawan butang. masak dengan api perlahan hingga agak pekat kemudian masukkan garam dan boleh hidangkan dengan spageti yang dah direbus tadi. hiaskan dengan keju





Sep 1, 2012

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Jerawat adalah antara masalah muka yang selalu orng risaukan. Ye la muka akan nmpk kurang cantik kalo ada jerawat duk bertenggek kat muka ..ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba di sini....

1. Ambil beberapa biji bedak sejuk kemudian campurkan sedikit dengan serbuk kayu manis lps tu tampal kat tempat jerawat...amalkan sebelum tidor




2. ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian hancur-hancurkan . pastu gaulakn dengan bedak sejuk yang telah dicampur dgn air sikit...sapu kat muka...insyallah berkesan

3. yang ni paling paling simple dan paling berkesan kat muka saya yang pernah jerawat dulu iaitu amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur dan minum air suam sebaik sahaja bangun tidur...cara paling murah yang saya cuba utk hilangkan jerawat...