Aug 28, 2012

PUTERI EXORA PANDORA BIRU

Beratus tahun yang lalu terdapat sebuah negara bernama Pandora Biru. Negara yang indah lagi permai ini terletak di pingir kawasan pergunungan. Pandora biru diperintah oleh seorang raja yang adil lagi saksama bernama Raja Kabasya. Raja Kabasya merupakan seorang raja yang sangat disayangi rakyat. Sikapnya yang adil dan saksama amat disenangi oleh sekelian rakyat jelata. Raja Kabasya mempunyai seorang pemaisuri yang sangat jelita bernama Puteri Bahiya. Namun begitu, walaupun telah bertahun-tahun mereka berkahwin mereka belum dikurniakan cahaya mata. Mereka berasa amat dukacita. Perkara inilah yang selalu merunsingkan Raja Kabasya sehinggalah ada suatu malam Raja Kabasya meluahkankan rasa hatinya kepada permaisurinya yang tercinta.
“Wahai adinda, fikiran kanda runsing memikirkan masa depan Pandora Biru ini. Kita belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun telah berpuluh-puluh bomoh, pawang dan ahli nujum yang kita jumpa namun masih belum berhasil.” Hati Raja Kabasya runsing memikirkan bakal pewaris takhta kerajaannnya itu.
“Sabarlah kanda, kita telah berusaha hanya tuhan yang menentukannya. Mungkin belum ada rezeki kita lagi. Kita berdoa sajalah wahai kanda” Pujuk Puteri Bahiya.
Pada suatu hari ketika Raja Kabasya berjalan-jalan berseorangan di taman istana tiba-tiba baginda ternampak kepulan asap putih di sebalik pohon beringin. Baginda berasa hairan bagaimana dengan tiba-tiba pula ada asap boleh muncul di situ. Baginda mendekati pohon tersebut untuk melihat apa yang berlaku di sebaliknya. Apabila sampai sahaja di pohon beringin tersebut dengan tiba-tiba saja kepulan asap tersebut hilang.
“Sungguh aneh! Dari mana datangnya kepulan asap itu tadi. Tiada pula tanda-tanda kebakaran berlaku di sini. Ahh..mungkin khayalannya beta agaknya”. Bisik Raja Kabasya di dalam hatinya.
Dengan tiba-tiba baginda berasa sangat mengantuk dan terus tertidur di bawah pohon beringin itu. Baginda telah bermimpi berjumpa dengan seorang perempuan yang sangat tua. Wajahnya tenang, berambut putih mencecah lantai, memakai jubah serba putih dan berbau sangat harum. Dia mendekati Raja Kabsya dan berkata “Ampun tuanku, nama patik Nenek Kebayan. Patik tahu hati tuanku runsing memikirkan pewaris takhta Pandora Biru. Patik datang untuk memberi khabar buat tuanku.”......BERSAMBUNG

NASI DAGING SIMPLE

Kalo rasa nak cuba kelaianan pada sajian untuk keluarga boleh cuba resepi ni..nasi daging ala utara..Nasi ni biasa sedap makan dengan masak dalca dan air asam (tomato + bawang besar + cabai + asam limau)



Bahan-bahan
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis (leh bubuh kalo nak)
1 kiub lembu (nak bg lagi sedap)
Bahan-bahan untuk blender
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Hiasan
daun sup/daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
  1. Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi.
  3. Sukat air secukupnya dan masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
  4. masukkan sedikit garam dan kiub lembu kemudian masukkan pula beras dan gaul rata.
  5. Apabila nasi hampir kering...gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...sedap dimakan dengan air asam
selamat mencuba