Aug 31, 2012

Nasib Bahasa Melayu di Malaysia Kini.....


Setelah 55 tahun merdeka, nasib Bahasa Melayu nampaknya tidak sebaik seperti yang diharapkan. Sejak akhir-akhir ini bahasa melayu semakin dipinggirkan walaupun telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan. Seharusnya kita berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi tunggak perpaduan bangsa dan negara Malaysia.

Dalam hal ini semua pihak pihak terutama kerajaan harus berusaha dengan lebih agresif bagi menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul selaras dengan hasrat negara untuk memartabatkannya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tidak hanya menjadikannya sebagai matapelajaran yang wajib di sekolah rendah dan menengah malah harus ke peringkat IPT. Dalam memartabatkan bahasa kebangsaan semua pihak perlu berkerjasama sama ada sector awam mahupun swasta. Masing-masing harus memainkan peranan yang aktif dalam memartabatkan bahasa kebangsaan ini.

Pelbagai usaha perlu dijalankan agar kempen dan usaha kerajaan ini bukan hanya sekadar kempen bahkan menjadi satu usaha yang praktikal dan efektif bagi semua pihak. Dalam hal ini sector swasta boleh menyumbang ke arah memartabatkan bahasa melayu dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantara dalam setiap urusan rasmi syarikat. Dengan cara ini secara tidak langsung sector swasta dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

Apa perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan pejabat atau perniaaan sedangkan pihak yang terlibat adalah rakyat tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Mengapa perlu menukar bahasa Melayu ke bahasa Inggeris hanya untuk seorang dua rakyat asing dalam sesuatu majlis. Fikir-fikirkan lah.....

No comments: