Aug 31, 2012

Sambungan....PUTERI EXORA PANDORA BIRU


“Khabar apakah yang ingin nenek sampaikan kepada beta?” Tanya Raja Kabasya. “Tuanku akan dikurniakan seorang puteri tidak lama lagi. Tetapi…” Nenek kebayan itu terdiam sebentar. “Tapi apa wahai nenek kebayan?” tanya Raja Kabasya kehairanan.

“Kelahiran puteri ini membawa musibah kepada negara tuanku.” Beritahu nenek kebayan kepada Raja Kabasya.

“Musibah? Apakah yang akan berlaku wahai nenek kebayan?” Tanya Raja Kabsya dengan perasaan bercampurbaur. Hatinya gembira mendengar perkhabaran itu tetapi pada masa yang sama hatinya khuatir negaranya pula akan ditimpa musibah.

Nenek kebayan merenung Raja Kabasya lalu berkata “ Wahai tuanku, setelah puteri tuanku dilahirkan nanti negara tuanku akan ditimpa kemarau yang panjang. Rakyat tuanku akan menderita kelaparan dan porak peranda. Hanya setelah tuan puteri berusia 18 tahun barulah negara tuanku akan kembali aman seperti sediakala. Tetapi tuanku masih dapat menyelamatkan negara tuanku dan menolak musibah yang menimpa. “bagaimana caranya?” Tanya Raja Kabasya dengan tidak sabar sekali. “Jikalau tuanku ingin menolak musibah tersebut tuanku terpaksa berpisah dengan anak tuanku yang bakal lahir nanti”. Pesan nenek Kebayan kepada Raja Kabasya.

“Benarkah begitu wahai nenek kebayan?” Tanya Raja Kabasya dengan rasa kecewa. “Benar wahai Raja Kabasya.” Jawab nenek Kebayan.


“Apabila puteri tuanku sudah berusia 1 tahun tuanku haruslah menghantar tuan puteri ke sebuah gua di pinggir Gunung Pandora sehinggalah ia berusia 18 tahun. Puteri tuanku tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke istana tuanku sehinggalah umurnya 18 tahun. Jika tuanku sanggup menerima syarat ini negara tuanku akan selamat.” ujar nenek kebayan sambil tersenyum merenung ke arah Raja Kabasya. Namun belum pun sempat raja kabasya mengucapkan terima kasih nenek kebayan ghaib entah ke mana.

Raja Kabasya tersedar dari mimpinya tadi. Baginda termenung sendirian. “Benarkah beta akan mendapat cahaya mata? Benarkah mimpi beta tadi? Atau ianya cuma mimpi semata-mata.” Hati raja kabasya berkata-kata.

“Ahhh..itu cuma mimpi. Mana mungkin mimpi menjadi kenyataan.” Bisik hatinya Baginda membetul-betulkan bajunya sambil bangun dari pohon beringin untuk pulang ke istana. Sebulan kemudian Permaisuri Bahiya disahkan mengandung. Ini menjadi berita gembira buat Pandora Biru khususnya Raja Kabasya.

“ Mungkin benar mimpi beta” bisik hati Raja Kabasya gembira bercampur bimbang.

Benarlah kata nenek kebayan di dalam mimpinya itu selepas Puteri Exora dilahirkan Pandora Biru ditimpa kemarau yang panjang. Banyak tanam-tanaman dan ternakan yang mati akibat kemarau panjang ini.    Ramai rakyat jelata yang menderita kerana kemarau yang panjang ini.

“ Nampaknya beta terpaksa berpisah dengan puteri kesayangan beta. Benar lah kata nenek kebayan. Mimpi beta bukan sebarang mimpi.” Bisik hati Raja Kabasya.

********

No comments: