Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh
Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk
yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin
garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan
yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan
politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
1990
Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan
yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang
bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan
untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada
bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang
menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin
kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang
ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga
melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
1991
Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada
jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad
rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan
negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah
mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah
melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang
berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan
2020.
1992
Wawasan Asas Kemajuan

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’
yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa
deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna
Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat
berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social
dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan
harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa
berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara
‘maju’ dimasa depan.
1993
Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu,
bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita
tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan
keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan
gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa
yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap
masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan
dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna
kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan
bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan
warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan
yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh
setiap rakyat Malaysia.
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai
murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan
kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada
bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat
Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat
masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat
Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima
kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip
Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah
warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang
kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.
Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian
rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak
dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta
sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia
bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan
sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa
maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam
negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri
kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1996
Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang
progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat
membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan
semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi
sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan
politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.
Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap
jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju
usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang
hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup
harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak
mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati
dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita
wawasan negara.
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke
arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan
politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta
bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan
biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan
negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah
mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara
kuning melambangkan kedaulatan negara.
1999
Bersatu Ke Alaf Baru

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni
negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk
kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah
melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat
bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan
kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad
dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
2000-2006
Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat
keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna
biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang
terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi
agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam
keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih
berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda
bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan
kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad
untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan
melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud
vision atau wawasan.
2007
Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar
yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur
Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah
dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan
bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang
menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya
yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan
lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat
yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi
maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50
tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia
berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang
50 tahun usia kemerdekaan.
2008
Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling
berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras
Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan
dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu
adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan
mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol
keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di
Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang
di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan
yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
2010
1Malaysia Menjana Transformasi
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
No comments:
Post a Comment