Sekadar ingin berkongsi pengetahuan tentang KANSER. Berikut adalah antara tanda-tanda kanser yang mungkin boleh membantu mendapat rawatan awal.
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau
pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser
payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.
(3) Kanser
usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser
paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser
perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser
limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
Selamat Datang....Ruangan untuk berkongsi ilmu dan maklumat..sambil membeli barangan anak pilihan anda...
Dec 8, 2012
Nov 24, 2012
PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN
BULAN PERTAMA
Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).
BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).
BULAN KETIGA
Menjelang bulan etiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).
BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)
BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .
BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).
BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).
BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).
BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.
Nov 11, 2012
DAGING MASAK HITAM
Masa hari raya haji yang lepas, mesti ramai yang dapat banyak daging korban so kat sini nak share resepi masak daging lak.
BAHAN-BAHAN
1 kg daging dipotong ikut suka
15-20 biji cili kering
1 kulit kayu manis
2 ulas bawang merah
4 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia
7 sudu besar kicap mee
6 sudu besar kicap pekat (manis)
1 sudu rempah masak hitam (kulit kayu manis, jintan manis & bunga lawang ditumbuk halus)
CARA-CARANYA
Bubuh daging yang telah dipotong dalam satu bekas. lepas tu potong bawang besar kepada 4 bahagian, panaskan minyak dan goreng bawang besar td dengan halia, bawang putih dan cili kering sampai wangi kemudian angkat dan terus blender sampai halus. lepas tu masukkan bahan yang telah blender tu dalam bekas yang ada daging tu dan perapkan dalam 2-3 jam. sambil tunggu daging diperap tadi, boleh hiriskan 2 ulas bawang merah. kemudian ketepikan. lepas perap daging tu panaskan minyak tumiskan bawang merah yang telah dihiris tadi dgn 1 kulit kayu manis. bila naik bau masukkan daging tadi dan masak hingga daging empuk. tambahkan sedikit garam dan perasa. dan siap dihidangkan..
BAHAN-BAHAN
1 kg daging dipotong ikut suka
15-20 biji cili kering
1 kulit kayu manis
2 ulas bawang merah
4 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 inci halia
7 sudu besar kicap mee
6 sudu besar kicap pekat (manis)
1 sudu rempah masak hitam (kulit kayu manis, jintan manis & bunga lawang ditumbuk halus)
CARA-CARANYA
Bubuh daging yang telah dipotong dalam satu bekas. lepas tu potong bawang besar kepada 4 bahagian, panaskan minyak dan goreng bawang besar td dengan halia, bawang putih dan cili kering sampai wangi kemudian angkat dan terus blender sampai halus. lepas tu masukkan bahan yang telah blender tu dalam bekas yang ada daging tu dan perapkan dalam 2-3 jam. sambil tunggu daging diperap tadi, boleh hiriskan 2 ulas bawang merah. kemudian ketepikan. lepas perap daging tu panaskan minyak tumiskan bawang merah yang telah dihiris tadi dgn 1 kulit kayu manis. bila naik bau masukkan daging tadi dan masak hingga daging empuk. tambahkan sedikit garam dan perasa. dan siap dihidangkan..
Oct 9, 2012
BUAT SUAMI DAN BAKAL SUAMI
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya...
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya...
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh
Oct 3, 2012
PETUA HILANGKAN CIRIT BIRIT BAYI
Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi petua dan resepi makanan untuk merawat bayi atau kanak-kanak yang cirit birit.
PETUA 1
Ambilkan satu sudu tepung gandum. Selepas itu
campurkan tepung gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga
tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang
tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum. InsyaAllah cirit-birit akan berkurangan.
PETUA 2
Masakkan sup lobak merah untuk bayi.
Caranya
Ambil sebiji lobak merah atau carrot kemudian potong-potongkan dan rebus hingga empuk. lepas tu kisarkan dengan air suam hingga sebati. Tuangkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam dan kacau hingga sebati kemudian boleh bagi bayi makan. InsyaAllah cirit-birit akan berkurangan.
Sep 25, 2012
RESEPI MAKANAN BAYI - BUBUR SAYUR BERKRIM
Hari ni saya nak kongsi resepi makanan yang boleh dihidangkan kepada bayi yang baru belajar makan makanan pejal (umur dalam 8 - 12 bulan tuh)..selain bagi diorang ni makan nestum leh gak buat sendiri. ok resepinya camni...
Bahan-bahan
3 keping biskut baby yang manis skit rasanya tuh(dihancurkan)
3 cm lobak merah (potong kecik2)
1 tangkai bayam
5 ekor ikan bilis
Air suam
Cara-caranya
Rebus lobak, bayam dan ikan bilis dalam periuk. Bila dah masak kisarkan bahan yang direbus tadi dengan
biskut dan sedikir air suam. Kalo nak sedap lagi boleh tambahkan susu. Pastu leh
dihidangkan terus... Senangkan!
Sep 18, 2012
PETUA ELAK SEMUT PADA BEKAS GULA
Ada beberapa petua untuk elak semut daripada masuk dalam bekas gula.
1) Salah satunya dengan menyapu sekeliling bekas gula dengan minyak insyaAllah masalah semut masuk bekas gula boleh dielakkan. Boleh juga cuba untuk elak semut masuk dalam bekas simpanan air minuman kita.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam bekas gula tuh..tutup rapat insyAllah semut tak datang dah..
1) Salah satunya dengan menyapu sekeliling bekas gula dengan minyak insyaAllah masalah semut masuk bekas gula boleh dielakkan. Boleh juga cuba untuk elak semut masuk dalam bekas simpanan air minuman kita.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam bekas gula tuh..tutup rapat insyAllah semut tak datang dah..
RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE SIMPLE
Hari ini nak kongsi resepi masakan western spageti bolognaise dengan semua. Simple tapi...sedapppp...ok ni resepinya
Bahan-bahan
1 kotak spagetti (rebus hingga empuk)
500gm daging cincang
2 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
1 tin sos spageti
4 biji cendawan butang
Cara-cara
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan daging cincang dan kacau hingga masak skit..lepas tu masukkan tomato dan kacau hingga sebati...lps tu baru masuk sos spageti kemudian masuk cendawan butang. masak dengan api perlahan hingga agak pekat kemudian masukkan garam dan boleh hidangkan dengan spageti yang dah direbus tadi. hiaskan dengan keju
Bahan-bahan
1 kotak spagetti (rebus hingga empuk)
500gm daging cincang
2 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
1 tin sos spageti
4 biji cendawan butang
Cara-cara
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan daging cincang dan kacau hingga masak skit..lepas tu masukkan tomato dan kacau hingga sebati...lps tu baru masuk sos spageti kemudian masuk cendawan butang. masak dengan api perlahan hingga agak pekat kemudian masukkan garam dan boleh hidangkan dengan spageti yang dah direbus tadi. hiaskan dengan keju
Sep 1, 2012
PETUA HILANGKAN JERAWAT
Jerawat adalah antara masalah muka yang selalu orng risaukan. Ye la muka akan nmpk kurang cantik kalo ada jerawat duk bertenggek kat muka ..ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba di sini....
1. Ambil beberapa biji bedak sejuk kemudian campurkan sedikit dengan serbuk kayu manis lps tu tampal kat tempat jerawat...amalkan sebelum tidor
2. ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian hancur-hancurkan . pastu gaulakn dengan bedak sejuk yang telah dicampur dgn air sikit...sapu kat muka...insyallah berkesan
3. yang ni paling paling simple dan paling berkesan kat muka saya yang pernah jerawat dulu iaitu amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur dan minum air suam sebaik sahaja bangun tidur...cara paling murah yang saya cuba utk hilangkan jerawat...
1. Ambil beberapa biji bedak sejuk kemudian campurkan sedikit dengan serbuk kayu manis lps tu tampal kat tempat jerawat...amalkan sebelum tidor
2. ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian hancur-hancurkan . pastu gaulakn dengan bedak sejuk yang telah dicampur dgn air sikit...sapu kat muka...insyallah berkesan
3. yang ni paling paling simple dan paling berkesan kat muka saya yang pernah jerawat dulu iaitu amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur dan minum air suam sebaik sahaja bangun tidur...cara paling murah yang saya cuba utk hilangkan jerawat...
Aug 31, 2012
TEMA HARI MERDEKA....
Sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55 ini saya ingin berkongsi beberapa tema hari kebangsaan berserta logo dari dulu hingga sekarang..
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam
mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di
tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang
sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang
melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia
kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup
berdisplin.
Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh
Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk
yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin
garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan
yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan
politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan
yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang
bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan
untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada
bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang
menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin
kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang
ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga
melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada
jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad
rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan
negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah
mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah
melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang
berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan
2020.
Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’
yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa
deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna
Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat
berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social
dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan
harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa
berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara
‘maju’ dimasa depan.
Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu,
bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita
tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan
keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan
gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa
yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap
masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan
dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna
kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan
bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan
warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan
yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh
setiap rakyat Malaysia.
Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai
murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan
kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada
bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat
Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat
masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat
Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima
kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip
Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah
warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang
kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.
Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian
rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak
dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta
sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia
bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan
sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa
maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam
negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri
kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang
progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat
membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan
semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi
sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan
politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.
Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap
jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju
usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang
hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup
harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak
mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati
dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita
wawasan negara.
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke
arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan
politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta
bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan
biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan
negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah
mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara
kuning melambangkan kedaulatan negara.
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni
negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk
kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah
melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat
bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan
kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad
dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat
keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna
biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang
terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi
agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam
keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih
berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda
bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan
kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad
untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan
melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud
vision atau wawasan.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar
yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur
Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah
dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan
bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang
menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya
yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan
lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat
yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi
maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50
tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia
berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang
50 tahun usia kemerdekaan.
Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling
berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras
Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan
dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu
adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan
mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol
keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di
Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang
di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan
yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
1980
Berdisiplin Berbakti

1981
Berdisiplin Berharmoni

1990
Berjaya

1991
Wawasan 2020

1992
Wawasan Asas Kemajuan

1993
Bersatu Menuju Wawasan

1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995
Jatidiri Penggerak Wawasan

1996
Budaya Penentu Kecapaian

1997
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999
Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006
Keranamu Malaysia

2007
Malaysiaku Gemilang

2008
Perpaduan Teras Kejayaan

2009
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

2010
1Malaysia Menjana Transformasi

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Sambungan....PUTERI EXORA PANDORA BIRU
“Khabar apakah yang ingin nenek sampaikan
kepada beta?” Tanya Raja Kabasya. “Tuanku akan dikurniakan seorang puteri tidak
lama lagi. Tetapi…” Nenek kebayan itu terdiam sebentar. “Tapi apa wahai nenek
kebayan?” tanya Raja Kabasya kehairanan.
“Kelahiran puteri ini membawa musibah
kepada negara tuanku.” Beritahu nenek kebayan kepada Raja Kabasya.
“Musibah? Apakah yang akan berlaku wahai
nenek kebayan?” Tanya Raja Kabsya dengan perasaan bercampurbaur. Hatinya
gembira mendengar perkhabaran itu tetapi pada masa yang sama hatinya khuatir
negaranya pula akan ditimpa musibah.
Nenek kebayan merenung Raja Kabasya lalu
berkata “ Wahai tuanku, setelah puteri tuanku dilahirkan nanti negara tuanku
akan ditimpa kemarau yang panjang. Rakyat tuanku akan menderita kelaparan dan
porak peranda. Hanya setelah tuan puteri berusia 18 tahun barulah negara tuanku
akan kembali aman seperti sediakala. Tetapi tuanku masih dapat menyelamatkan
negara tuanku dan menolak musibah yang menimpa. “bagaimana caranya?” Tanya Raja
Kabasya dengan tidak sabar sekali. “Jikalau tuanku ingin menolak musibah
tersebut tuanku terpaksa berpisah dengan anak tuanku yang bakal lahir nanti”.
Pesan nenek Kebayan kepada Raja Kabasya.
“Benarkah begitu wahai nenek kebayan?”
Tanya Raja Kabasya dengan rasa kecewa. “Benar wahai Raja Kabasya.” Jawab nenek
Kebayan.
“Apabila puteri tuanku sudah berusia 1
tahun tuanku haruslah menghantar tuan puteri ke sebuah gua di pinggir Gunung
Pandora sehinggalah ia berusia 18 tahun. Puteri tuanku tidak dibenarkan
menjejakkan kaki ke istana tuanku sehinggalah umurnya 18 tahun. Jika tuanku
sanggup menerima syarat ini negara tuanku akan selamat.” ujar nenek kebayan
sambil tersenyum merenung ke arah Raja Kabasya. Namun belum pun sempat raja
kabasya mengucapkan terima kasih nenek kebayan ghaib entah ke mana.
Raja Kabasya tersedar dari mimpinya tadi.
Baginda termenung sendirian. “Benarkah beta akan mendapat cahaya mata? Benarkah
mimpi beta tadi? Atau ianya cuma mimpi semata-mata.” Hati raja kabasya
berkata-kata.
“Ahhh..itu cuma mimpi. Mana mungkin mimpi
menjadi kenyataan.” Bisik hatinya Baginda membetul-betulkan bajunya sambil
bangun dari pohon beringin untuk pulang ke istana. Sebulan kemudian Permaisuri
Bahiya disahkan mengandung. Ini menjadi berita gembira buat Pandora Biru
khususnya Raja Kabasya.
“ Mungkin benar mimpi beta” bisik hati
Raja Kabasya gembira bercampur bimbang.
Benarlah kata nenek kebayan di dalam
mimpinya itu selepas Puteri Exora dilahirkan Pandora Biru ditimpa kemarau yang
panjang. Banyak tanam-tanaman dan ternakan yang mati akibat kemarau panjang
ini. Ramai
rakyat jelata yang menderita kerana kemarau yang panjang ini.
“ Nampaknya beta terpaksa berpisah dengan
puteri kesayangan beta. Benar lah kata nenek kebayan. Mimpi beta bukan sebarang
mimpi.” Bisik hati
Raja Kabasya.
********
Nasib Bahasa Melayu di Malaysia Kini.....
Setelah 55 tahun merdeka, nasib
Bahasa Melayu nampaknya tidak sebaik seperti yang diharapkan. Sejak akhir-akhir
ini bahasa melayu semakin dipinggirkan walaupun telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan. Seharusnya kita berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi tunggak
perpaduan bangsa dan negara Malaysia.
Dalam hal ini semua pihak pihak
terutama kerajaan harus berusaha dengan lebih agresif bagi menggalakkan rakyat
menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul selaras dengan hasrat negara untuk
memartabatkannya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tidak hanya menjadikannya
sebagai matapelajaran yang wajib di sekolah rendah dan menengah malah harus ke
peringkat IPT. Dalam
memartabatkan bahasa kebangsaan semua pihak perlu berkerjasama sama ada sector
awam mahupun swasta. Masing-masing harus memainkan peranan yang aktif dalam memartabatkan bahasa
kebangsaan ini.
Pelbagai usaha perlu dijalankan
agar kempen dan usaha kerajaan ini bukan hanya sekadar kempen bahkan menjadi
satu usaha yang praktikal dan efektif bagi semua pihak. Dalam hal ini sector
swasta boleh menyumbang ke arah memartabatkan bahasa melayu dengan menjadikan
bahasa melayu sebagai bahasa perantara dalam setiap urusan rasmi syarikat.
Dengan cara ini secara tidak langsung sector swasta dapat membantu kerajaan
dalam meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan.
Apa perlunya menggunakan bahasa
Inggeris dalam urusan pejabat atau perniaaan sedangkan pihak yang terlibat
adalah rakyat tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian.
Mengapa perlu menukar bahasa Melayu ke bahasa Inggeris hanya untuk seorang dua
rakyat asing dalam sesuatu majlis. Fikir-fikirkan lah.....
PAJERI TERUNG
Hari ni nak masak pajeri terung untuk makan tengah hari. Nak cuba resepi kat bawah ni....
Bahan-Bahan:
3 biji terung
panjang sederhana besar (dibelah dua jgn sampai putus, kemudian di goreng
dahulu)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping
Cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu
manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
Nota:
2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
Nota:
Sedap di makan
dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan masin beserta ulam....SEDAP...
Aug 28, 2012
FAKTA-FAKTA MENARIK
Sekadar berkongsi pengetahuan yang mungkin sudah diketahui umum....
1. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km
atau menulis 50,000 perkataan. America
menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu
digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi
sebanyak 9 kali
2. Kebanyakkan
debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang
mati.
3. Perut
akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.
4. Jika
usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan
seluas 9.2 meter persegi.
5. Manusia
bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam
PUTERI EXORA PANDORA BIRU
Beratus
tahun yang lalu terdapat sebuah negara bernama Pandora Biru. Negara
yang indah lagi permai ini terletak di pingir kawasan pergunungan.
Pandora biru diperintah oleh seorang raja yang adil lagi saksama bernama
Raja Kabasya. Raja Kabasya merupakan seorang raja yang sangat disayangi
rakyat. Sikapnya yang adil dan saksama amat disenangi oleh sekelian
rakyat jelata. Raja Kabasya mempunyai seorang pemaisuri yang sangat
jelita bernama Puteri Bahiya. Namun begitu, walaupun telah
bertahun-tahun mereka berkahwin mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Mereka berasa amat dukacita. Perkara inilah yang selalu merunsingkan
Raja Kabasya sehinggalah ada suatu malam Raja Kabasya meluahkankan rasa
hatinya kepada permaisurinya yang tercinta.
“Wahai
adinda, fikiran kanda runsing memikirkan masa depan Pandora Biru ini.
Kita belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun telah berpuluh-puluh bomoh,
pawang dan ahli nujum yang kita jumpa namun masih belum berhasil.” Hati
Raja Kabasya runsing memikirkan bakal pewaris takhta kerajaannnya itu.
“Sabarlah
kanda, kita telah berusaha hanya tuhan yang menentukannya. Mungkin
belum ada rezeki kita lagi. Kita berdoa sajalah wahai kanda” Pujuk
Puteri Bahiya.
Pada
suatu hari ketika Raja Kabasya berjalan-jalan berseorangan di taman
istana tiba-tiba baginda ternampak kepulan asap putih di sebalik pohon
beringin. Baginda
berasa hairan bagaimana dengan tiba-tiba pula ada asap boleh muncul di
situ. Baginda mendekati pohon tersebut untuk melihat apa yang berlaku di
sebaliknya. Apabila sampai sahaja di pohon beringin tersebut dengan
tiba-tiba saja kepulan asap tersebut hilang.
“Sungguh
aneh! Dari mana datangnya kepulan asap itu tadi. Tiada pula tanda-tanda
kebakaran berlaku di sini. Ahh..mungkin khayalannya beta agaknya”.
Bisik Raja Kabasya di dalam hatinya.
Dengan
tiba-tiba baginda berasa sangat mengantuk dan terus tertidur di bawah
pohon beringin itu. Baginda telah bermimpi berjumpa dengan seorang
perempuan yang sangat tua. Wajahnya tenang, berambut putih mencecah
lantai, memakai jubah serba putih dan berbau sangat harum. Dia mendekati
Raja Kabsya dan berkata “Ampun tuanku, nama patik Nenek Kebayan. Patik
tahu hati tuanku runsing memikirkan pewaris takhta Pandora Biru. Patik
datang untuk memberi khabar buat tuanku.”......BERSAMBUNG
NASI DAGING SIMPLE
Kalo rasa nak cuba kelaianan pada sajian untuk keluarga boleh cuba resepi ni..nasi daging ala utara..Nasi ni biasa sedap makan dengan masak dalca dan air asam (tomato + bawang besar + cabai + asam limau)
Bahan-bahan
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung
1 cawan susu cair
2 cwn air rebusan daging atau air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis (leh bubuh kalo nak)
1 kiub lembu (nak bg lagi sedap)
Bahan-bahan untuk blender
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Hiasan
daun sup/daun bawang
bawang goreng
Cara-cara
- Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi.
- Sukat air secukupnya dan masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
- masukkan sedikit garam dan kiub lembu kemudian masukkan pula beras dan gaul rata.
- Apabila nasi hampir kering...gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
- Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
- Tabur
dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang
goreng semasa menghidang...sedap dimakan dengan air asam
Subscribe to:
Posts (Atom)